Tuesday, June 1, 2010

- gambar susu kambing di sejukkan dalam botol 300ml-

- gambar susu kambing asli dalam cawan-

Cara penggunaan

Susu Kambing Asli yang dijual kami adalah 100% asli tanpa campuran atau awetan. Untuk menjamin kualiti, susu kambing kami akan dibekukan. Untuk mencairkannya, botol yang sibasuh hendaklah direndam (dalam air sejuk / paip) sehingga ia mencair. Goncang-goncangkan supaya menjadi tidak berketul.


Jika susu tidak dihabiskan, simpan botol ke dalam 'freezer semula supaya tidak rosak. Ulangi proses yang sama untuk diminum. Susu kambing ini boleh disimpan dalam peti ais bahagian bawa/bukan bahagian sejuk beku untuk jangka masa beberapa jam sahaja. Begitu juga jika disimpan pada suhu bilik. oleh itu, pastikan anda menyimpannya dan menggunakannya dengan cara betul untuk menjamin kualiti.